Dearest Followers ;)

27 April, 2013

27 April gonna be awesome! Lets rock!!

assalamualaikum. 

yeayhh. akhirnya penantian sia2 aku 3 tahun diploma ni berakhir sudah. officially done waiting and trying. what the hell pun nak tunggu lagi. orang tu dah bahagia dah pun dengan somebody else. now, masa untuk memperkemaskan isi hati dan biarkan semua yang lalu, berlalu pergi. acececehhh. mungkin memang takde jodoh kat dunia ni. nak buat macam mana. 

btw, sorry sangatttt (if only you read this). sorry sangat sebab menjadikan kau orang pertama yang aku marah kat diploma. sorry kalau kau rasa aku yang terlebih feeling dalam hal ni. entah, tapi aku memang rasa kau tak patut layan aku camtu. yeee mcm org selalu cakap "jangan sesekali mengusik hati wanita kalau tidak ada niat untuk memilikinya". do you ever read this quote? i dont think so. malas nak cakap. let the unexplained feeling, matter, memories just fade away as time passed by. iReda iPasrah. and i really really hope that you will happy ever after. i am used to be alone la i think. haha

sooooooooo, letsss partyyyyyyyyy!!! the only way to get rid you from my mind is only times. 3 tahun babe, bukan boleh hilang sehari dua. but i'll try my best and give my best shot. muahahaaha. hope you enjoy dengar lagu yang aku bagi kat bbm tadi. 'teardrops in the rain-cnblue' and 'harus terpisah-cakra khan'. its suit you very well. ohh also try to hear bahagiamu deritaku-hafiz. tadi kau bagi aku lagu bukan aku tapi dia-judika. are you kidding me? it suit you, not me i guess. 

harap bangun tido pagi esok masih diberi kesempatan untuk menjalani hidup baru with a new fresh start. like a baby baru lahir. no worries, no problems. can i?? :*

wasalam.

26 April, 2013

Can I Endure It?

assalamualaikum.

last post, 26 nov 2012, kalau korang scroll kat bawah, boleh baca how i am a happy girl coz i'd told him everything that i wanna tell him long time ago. but now, hmmm. aku tak tau la nak rasa sedih ke suka ke. 

betullah prediction aku on the last post. after aku bagitau semua tu, lagi banyak dugaan yang aku kena tanggung. yeayhh maybe sama je before ke after. or mungkin before bagitau, everything seems okay, takdehal, sebab die tatau pun kan. sakit hati, jeles sikit2 tu adat la ye dak. tapi lepas bagitau, after what we've been through all this year together, everything seems hard to forget. sakit hati dia double tripple.

ya Allah. serious tak kuat aku nak hadap semua ni. lama-lama makin jauh, makin tak akrab dah. i want the old you. how you treat me so sweet, so nice. :( 

sekarang ni dah macam stranger je dah. macam dulu-dulu masa aku perati kau dari jauh je. oh maybe time tu die tak jumpe lagi someone tu. and maybe aku ni just peneman die masa die takde sesiapa. dah ade, means lets just pretend nothing ever happen between us? camtu? hmmm. or aku yang tak penah faham yang sebenarnya kau layan aku sama macam kawan biasa yang lain? tapi kenapa aku rasa kau layan lebih sikit dari kawan biasa? okay gadis kampung, noob. :( 

penattt sungguh penattt. penat nak tahan diri dari bbm kau. sehari dua, lama-lama kalah jugak aku. mesti bbm jugak kau dengan muka tak malunya. ya Allah berilah aku kekuatan nak hadapi semua ni. urghhhhh. 

wasalam. 

26 November, 2012

Thanks bro!

bismillah. 

manusia. takkan pernah kita faham isi hati manusia. sedangkan isi hati kita sendiri pun susah kita nak fahami, inikan pula isi hati orang lain. betul tak? hmmm. yes i admit it. 

kadang kala aku sendiri tak faham apa yang hati aku nak. orang selalu kata, ikut kata hati....ikut kata hati....kata hati tak pernah menipu. tapi macam mana? hmmm

finally, sekarang aku boleh rasa tenteram. tak ada apa yang nak disorokkan lagi pasal hati dan perasaan ni. cewahhh. tarak fahammm? i've told him everything. perghh berani siot aku. kann? yeee. yeee. tayah nak puji aku sangat. miahaha.

tapi betullah orang kata, cinta akan lebih terasa nikmatnya kalau kita pendamkan. kalaudah luahkan, ada rasa kurengggg sikit lah feel tu. dont know why. tapiiii, bukan maksud aku dah tak suka dia. still. always. i do love you. 

tapi awat hang macam takdop perasaan je bro? aaaaa. kaciwa siot aku. hahaha. takpelah. benda macam ni bukan boleh paksa paksa kan. aku tahuuu . tapi awak memang cool lah derrr. same cool mcm saya jugak. huhu. lepas tahu pun,
 saya suka awak pun, awak still nak kawan saya jugak. mcm biasaaa. ;D 

YEAYHHHH!!! imma happy girl.

kalau lah boleh,msay nak bagitau awak semuaanya. tapi cannot lah kann. hihih. but i just wanna you to know that im so glad, im so happy, im so thankful coz we can be friend. walaupun banyakk sangat dah cerita rekaan saya bagitau awak. huuuuu

AND kalau boleh nak sangat saya bagitau awak, i still waiting just like before. can i? ;)

bapak gedik aween, bluekk bluekkk *muntah*

wasalam 

12 November, 2012

Cinta Selepas Nikah

Assalamualaikum. 

Ya Allah . harini tetiba tergerak hati nak tulis entry berat macam ni . selama ni tulis entry bodoh bodoh . semua pasal duniawi . hmmm . Bismillahhirrahmanirrahim . 



sekarang ni kita banyak tengok orang couple couple . pegang sana pegang sini . tapi aku bersyukur sekarang ni aku tak terlibat dengan semua tu dah . yes . aku pun manusia biasa yang pernah terpengaruh dengan semua tu . siapa tak nak . perempuan mana yang taknak dikasihi dan mengasihi . lebih lebih lagi hati perempuan yang lembut ni memang selalu nak disayangi dengan seikhlasnya . 

memang aku akui kadang kadang i feel a little bit jealous dengan orang lain yang dah ada pakwe/makwe . bila kita tak ada , orang mesti fikir kita anak dara tak laku or what . tapi bila di fikir fikir balik , Ya Allah indahnya kalau aku bercinta selepas nikah . semuanya halal . :)


ada yang berkata , tak 
salah kalau kita ada perasaan cinta dan sayang dekat lain jantina . itu semua lumrah manusia . Allah yang ciptakan perasaan tu semua untuk kita . 

kalau kita sukakan seseorang tu , berdoalah . berdoalah yang dia adalah jodoh kita jugak . berdoalah agar Allah bukakan pintu hati dia untuk kita . berdoalah mohon petunjuk Allah . adakah dia jodoh yang telah tertulis untuk kita . 


\


lebih baiklah kita serahkan semua kepada ketentuan Allah . Allah tu maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita . mungkin pa yang selalu hajti itu , bukan yang terbaik untuk kita . mungkin Allah telah sediakan yang lebih istimewa untuk kita . bersabarlah . :)

#NoteToMySelf

10 November, 2012

LINE app!

assalamualaikummmm ;)

ada baik ka harini aci aneee sekalian ? muahahahaha




pernah dengar pasal LINE app ? foineeee la pernah kan . aku yang noob habis baru nak tahu . hihihi . yelahhhh . aku ni baru la berminat bab bab teknologi, gadgets canggih canggih and whatsoever ni . opppsss op op oppa gangnam styleeee *dances* *eh tak memasalllll* . hahaha . sebenarnya minat dah lama . kekecik lagi dah berangan nak pakai Blackberry bagai tu . tapi baru sekarang mampu nok nak pakai . hahahaha .

sejak dua menjak Blackberry dah ada LINE ni , aku pun terpengaruh lah nak download . aku download sebab die punye smiley shoooooo cuteeeee meeeeehhhhh . awww! aww! rasa macam geli geli je bila text ngan orang . hahahhaha




 seeeeee the kecomelannnnsssss . disebabkan kecomelan inilah aku tangkap cintunn . hikkkss! mana nak layan dah BBM , whatsapp . gua layan LINE je sekarang . hahaha . dah pulak tuuu , FREE pulak tu . sapa tamau ekk barang free . muahahaha . choiiii!

kalau korang ni type geli geli menggeletis menggedik cam aku ni , memang disyorkan sangatlah pakai LINE ni . hahaha . ahhhhh . cannot explain laaa the feelingssss . boleh bayangkan tak korang text org , ada bear comel buat muka sebijik macam yang korang nak buat and muka korang selalu buat . muka comel comel gittewww . perghhhh feel habis doee . boleh bayangkan tak niiii ? boleh tak ? boleh tak ? tak bolehhhhhhhh???!!! KBYE! hahahaha

wasasalammm ;)

09 November, 2012

Bad Result :(

Assalamualaikummm




TADAAAAA!!! tudiaaaa tudiaaa result akuuu .gambar baik punyaaa print screen habis . gila tak malu post kat sini kan . padahal result teruk nak matiii . 

uwaaaaaaaa!! what theeeee aaaaaa . sedih nak mampos la gua ginii . hancus harapan gua nak dapat Vice Chancellor Awards . NO dean's list for this semesterrrr . ayah must be shoooo sadddd . so do I! 

tapiii , sebab sebenar aku post ni haaa , nak bagi pengajaran untuk diri sendiri . haaaa! aween! main main lagi belajar . orang hantar sane suruh belajar , kau main main . hamekkk! hamekkk! *lempang diri sendiri* . hancusss harapan nak mintak hadiah kat ayah . penat perah otak nak hadiah ape this sem . hancusss Galaxy Note10.1 akuuuuuu . muehehehe . errrrmmm . tapi yang kereta tuuuu , agak agak ayah boleh pertimbangkan takkk? tu tak termasuk dalam deal result result ni kan yah kann ? teheeeheeeee . *takda harapan gamaknya*

syazweennnnn oiiiii syazweennnnn . orang nak crush crush kau sibuknak crush crush jugakkkk . ehhhhh . tettttttt . hahaha . nak tak nak aku kena reda dengan result nii . Alhamdulillah . mungkin ini saja yang aku usahakan sepanjang sem ni . so ini lah yang aku dapat . ye dakkk? tapi yang sedihnya bila ada kawan dapat DL , and why not meeeee??! orang lain boleh buat , kenapa aku tak bolehhh??! daaaaaa . and bertambah tambah sedih bila ade orang post kat wall cengginiiii 




hahahaha . sabar jelah dengan Handhalah niii huiii . takut lettewww nak comment kat FB terus whatsapp aku . muahahaha .

tadiii konon nak cover macho lah tak nangis sebab dapat result teruk . tapi bila cakap ngan ayah , wuuuuuuu . bergenang genang laaa jugekkk  . habisss ranappp kemachoan gueeeee . ngehhh! nak buat macam mane . takde rezeki . lain kali cuba lagii . chaiyokkk aweennnn!!



boboboboiiiiiii!!!

salam Jumaat! boys, cepat pergi masjid . sarung kain pelikat , baju melayu , songkok , and makesss girls TURNSSSSS ONNNNN bebeyhhh! Ahereherherrrrr :P

07 November, 2012

Cuti Cutii Cutiii (^_^)

Assalamualaikum :)

gila lama la bag hang aku tak update blog . entah hadoo ko tak hadoo dah reader blog ni . hahaha . so whatttt lah kan . my blog is my diary . nak baca , baca . tak nak baca sudehhhhh . hahaha .

dah tetiba aku update ni mesti ada something wrong somewhere ye dakk ? memang pun . masalahnya sekarang ak bosan nak gila duduk kat rumah . cuti semester yanggggggg sangatlah panjang ni . Ya Allah . suri rumah tangga je aku ni haa .

tapi cool gak doe jadi full-time unpaid housewife . bolehlah belajar serba serbi cemane nak uruskan rumah tangga . usia bukan muda lagi ni brooo . dah 20 dah haa . tak lama lagi dah nak bini orang . ehh ? teheee . so , why not lah dari sekarang dah practise . bak kata omputih prektis meks perfek! hahaha .

serius kotttt . bukan senang nak uruskan rumah ni . pagi pagi dah kena bangun , kemas rumah itu ini itu ini , ehhhh dah pukul sebolehhh . nasib baik la bab makan tu kadang -kadang ayah belikan kat kedai je . senang sikitt . alang alang dah cakap bab makan ni , aku da belajar satu benda lah weii cuti ni . apasal hampir kesemua mak mak dan ibu ibu ni chubby mhubby lepas kahwin , mana tak nya kemas rumah nampak makanan semalam tak habis , sayanggg siannnn , makan . nak buang sayang . hahaha . baru duduk rumah bape minggu ni dah 50 kg dah hoiii . improvement ! hahaha ni kalau dah kahwin betul betul niiii , tatau lahhh .

so , cite ini habis siniii la aeee , takdelah bosan sangat hidup aku ni haaa . bila lagi la nak berbakti kat rumah kan . dah la form 1 sampai form 5 duduk asrama . takkan la cuti sem ni pun nak kerja . siannnn ayah sorang sorang . ewahhh alasan baikkkk punyeeee . kbye!!

happyyyy hohoholidayyyy UiTM-iansssss :D

01 November, 2012

Result demyuuuu !

assalamualaikum .

oh goshhhh . ini bukan entry nak sebab result dah keluar okayhhh . tapi macam ala ala pre-entry for result laaa . ehh ? boleh ke cenggituuuu ? bolehhh kan ajaaa . aku kan memang asal boleh . hahaha .

bebudak ni dah kenapaaaaaaa . asyik nak menyebut pasal result je . pening aku tahuu dak ? yeayhhh . this week memang semua pungg nak bercakap pasal result . macam dah takde cite lain . cite lah pasal cikedis ke cokelat ke . haishhhh . twitter , facebook even bbm pon hadooo je perkataan R.E.S.U.L.T.! nak butmacam maneeee. dah semua pun eksaited je nak tau result kannn . aku je tak . hmmm . tarikh reult keluar pun tukar tukar , kejap ade yang cakap 9 Nov , kejap 15Nov . itu pun boleh nak jadi isu tau . nak keluar , keluar jelah . tak kesah pun bebileeee . tunggu ke tak tunggu ke , masuk email jjugak result tu nanti .

tapi seriously ohhh . sem ni gila tak bersemangat aku nak tengok result . memang la harapan tu nak dekan . sape yang tak nak . tapi sem ni macam hancuss jeee . nauzubillahhiminzaliq . tak bersemangat macam yang lepas lepas . 15 haribulan keluar result , start 00.01 15 haribulan tu aku dah dok refresh2 email nak tengok result dah masuk belum . mungkihkah aku dah pasrah awal awal ? sebab tu feelingless habis liddis haaa ?

Ya Allah . bukan nak riak bukan nak takbur . rezeki yang Allah bagi , Allah boleh tarik bila bila masa . memang kalau boleh sem ni aku nak dekan lagi . alang alang dah dekan 4 sem , sape tak nak Anugerah Naib Canselor tu ye dakk ? lagi 2 sem je lagi kot . tapi kalau dah bukan rezeki aku , sape berhak nak cakap apa apa . semua kententuan Allah . tapiiiiiiiiiiiiii nauzubillahhiminzaliq! mungkin Allah nak suruh aku berusaha lagi keras kottt . :)

YaAllah . berilah hambamu ini kejayaan . Amin Ya Rabb :)))


17 May, 2012

Genetik .

ahlan wasahlan ya marhaban .

how's is your day sista and brotha sekalian ? ada baik ? tarak baik ? baik ke buruk ke , setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini ada hikmahnya . ketentuan ini semuanya telah dikarang oleh Allah swt untuk kita semua . oke ? don't regret your life . :)

today saya nak bercerita tentang genetik . kalau dalam bahasa scientific nya DNA . hurmm . apa maksud DNA tu saya pun tak tahu lah . al-maklumlah . nama je sekolah sains . tapi further account . muehehe . 

tadi time saya tengah makan , tetibe terfikir . saya ni ikut genetik sebelah emak ke sebelah ayah ? omagadddd . kalau sebelah emak , oh me kene control makan starting from now lah kan . sebab mostly sebelah emak badan before kahwin maintain slim . pinggang ramping bak kerengga tapi dah kahwin macam buah nangka baq hang . serammmm . kalau sebelah ayah , watlek jelah balun makan . sebab family ayah badan forever after kurus . yihaaa . \ m /

tapi apa apa pun aku bersyukur . sepertimana yang aku kepohkan dkat atas tadi , setiap yang berlaku ada sebabnya . mungkin tidak semua yang kita impikan kita akan dapat . tapi percayalah , disebaliknya Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk hambaNya yang lemah ini . Amin . 

nota kaki : puasa dah nak dekat , dah ganti puasa belum ? raya dah nak dekat , dah temmpah baju belum ? 

<3

Fun At The Peak !

Salam alaik. 

this is very lapuk story that i need to share with you . ahhhh . biarlah . kesah plak aku kan . muehhehe . 

sebaik habis je final exam sem 4 , aku dan kengkawan telah berangkat ke Genting Highland untuk meraikannya . wow ! so excited . aku rasa ni first time kot aku pergi sana . *noob* bukan salah aku . dah rombongan sekolah dulu - dulu asyik bawak pergi Cameron Highland je . haishh . mak harap ayah aku bawak memang tak lah kan . heee . 

excited tak excited nak pergi , kitorang dah siap beli tiket (package) RM58 ringgit kot sorang . including shuttle bus from KL Central - Skyway - KL Central , Skyway pergi balik , and outdoor games . berbaloi right ? lagi lagi untuk students yang dah habis sem macam kitorang ni . teeheee .

nak dijadikan cerita , kitorang boleh pulak lambat sampai kat KL Central . bas pukul 10.30 . aku , iqah and ain terlewat sampai 10 minit camtu . ceittt . so , terpaksa lah kitorang bertiga menanggung kerugian dan sewa teksi ke skyway . dalam RM100 gak la . nak tunggu next bus , lambat . and tak sempat nak berjimba lama lama cos kitorang balik hari je . 

stok makanan satu beg woi bawak ! nak beli kat atas , perghhh , perghh , lari banyak bajet . hahaha . cakap banyak tak gune , puiiihh . let's the picture tell you the rest of the story . di setiap gambar , ada lagu *Yuna sikit* 

Dapat tangkap gambar full berlima *ehsan acik teksi*

ready naik roller coaster boleh la senyum . puihhh

kanak kanak Ribena dalam cawan ribena 

choc village *baju merah mintak kaki*

T.H.E.M *credit kat aku yang snap pic*

yeayhhh . sikit nya gambaq ? dah lagu mana nak amek gambaq kalau dah semua dok main baq hang . plus malas nak upload banyak banyak . haha . 

nota mintak kaki : have fun there a lot . <3

20 April, 2012

Part Time Work?

Assalamualaikum :)

How is your holiday guys? Me? Cuti aku bosangg gile kot. Haiiishhh. Before last final paper haritu, aku dah dapat tawaran kerja kat sebuah syarikat kontraktor kawan ayah aku. Wuuuuuu. Sounds great jyeaayh? Imma so excited. Inilah first time aku kerja kot. Even cuti lepas AssPeeEmm pon aku tak kerja. Tehee. 

Buttt.....
Aku punya first experience bekerja jadi part time accountant, ahhhh sangat worse!! Tak nak cerita! Bye! :(

31 March, 2012

Semester Break! Jyeayhhhh!

Asslamualaikum. Ahlan wa sahlan ya marhaban sista and brotha! 

Perghh. Lama gila lah aku tak update. Ahhhhh. Menyampahlah. Balik-balik ayat yang sama. Otoke? What to do? memang non-ado maso lah nak update. Sem 4 is the worst! Like seriously. Banyak kerja. Assignment berlambak walaupun hakikatnya aku yang suka procrastinate kerja+kerja tu. T__T

Yeayh. Sekarang dah cuti! I am officially part 5 student yaww! 

Happy holiday to all my beloved classmates, and uitm's students in overall! ;)

31 January, 2012

Kemengantukan

Salam Alaik. (:

Siapa yang tak pernah langsung rasa mengantuk dalam kelas adalah penipu. Kan? Tak kan lah mata korang boleh steady fokus and hadam segala pelajaran tu kan. Siapa yang boleh buat tu memang aku tabik sepering! 

Tadikan, waktu dalam kelas FAR (stand for Financial Accounting kot. But doesn't know the meaning of 'R'), tak tahu kenapa ngantuk macam tak boleh kawal langsung. Itu tak campur lagi dengan tulisan cacing kat depan tu. Aku tak tahulah kerabunan aku yang dah bertambah desperate suruh aku ganti kanta baru or memang tulisan lecturer tu yang kecik gila mengalahkan tulisan Khambaley. Oh my! Seriously, aku kena buat revision sendiri regarding this chapter. Habuk pon aku tak dapat tangkap. 

Bagi pulak kelas direct 8.30 pagi sampai 6.30 petang. Ada gap 2 jam je untuk lunch time tengah hari. Perghh. Memang hebat la aku kan kalau boleh hadam and digest segala ilmu tu. Kemengantukan aku tu terbawak-bawak sampai la ke petang. Perut dah nyanyi-nyanyi mintak aku pergi pasar malam. Haishh.

"oke class! Take five!", said the Costing's lecturer.

Lima minit je? Mana cukup. Cincai-cincai kasi la setengah jam ke hape. Syaitan yang direjam dah bergayut-gayut dah kat mata aku ni. Berat semacam je. Bantai la. Lima minit pun lima minit la. Aku terus bum! Landing kepala baik punya atas meja. Pejam mata pap! Bayang pasar and pakcik bakso muncul. Alahai perut. Sabar la. Aku tahu ni mesti sebab tak makan tengah hari. Semata-mata sebab nak buat preparation for BEL's presentation. Lastly, nama aku tak kena panggil pon. Bila la nak berkurang beban kat bahu aku ni. Haishhh. 

Nasib baik miss macam memahami. Kejap-kejap bagi take five. Pastu bagi lagi. Bagi lagi. Dan yang paling penting dia lepaskan kelas awal. Yes! 

Pasar malam! Bakso! Blueberry cheese tart! Air kelapa! Done!

Cancel discussion assesment 4 malam ni. It's time to tidurrrrr! Sorry! Haha. :)

Night!

pie/ess : kalaulah mimpi tu boleh dimintak-mintak kan best! :P



30 January, 2012

Replynisation Syndrome.

Salam.

Replynisation? Mesti tak tahu kan. Haha. Inilah penyakit aku sejak azali sampai dasawarsa ini. Inilah sindrom yang memang tak ada ubat. Parah wooo. 

This is syndrome that occur when someone does not reply u're message or tweet or what-so-ever-things-that-needs-to-be-reply. Aku memang menyampah habis bila aku mesej tak reti nak reply. Eh. Takde la tahap menyampah. Tapi dalam hati aku rasa semacam. Entah. Tak tahu nape dan tak tahu lah kalau korang pon rasa apa yang aku rasa ni. Malu sebab mesej tak kene reply pon ade. Sakit hati sebab orang tu tak reply pon ade. Lagi-lagi kalau mesej tu perlukan jawapan. Mesej penting. Ya Allah. Sabar jela. 

Bukannya aku marah. Tapi ade lah sikit kemarahan tu. Haishh. Tak tahu lah nak describe. Sebab tu kalau ada yang mesej aku, aku akan seboleh mungkin balas every single message or end the conversation with manners. Cakap la aku busy ke ape. Tipu takpe. Dari membuat orang sakit hati. Tak nak lah  orang rasa apa yang aku rasa bila menunggu orang reply mesej berjam-jam. But at last just reply 'K'. Sape tak marah ???

pie/ess : Please don't do this to me.

29 January, 2012

What To Do With Blogging ?

Assalamualaikum.

Korang tau kan yang aku dah lama gila tak berblogging. Kira macam dah tak aktif sangat. But tiba-tiba tadi aku rasa macam ada suatu yang kurang dalam hidup aku. Ni ha. Naluri, hati, jiwa, dan raga aku rasa macam semacam. Sesak!. Then, aku tau yang aku perlu menulis untuk ceritakan semua yang terbuku kat dalam ni. Seriyes dan tak main-main oke!

Bila dapat menulis apa-apa pun dah rasa lega gila. Biarlah takda orang baca ke berlambak orang baca ke. Tak kisah langsung. Betullah bila ada yang kata, "my blog is like my diary". Cuma ni diari yang open. Sesape nak baca boleh baca. 

Berbulan-bulan tak berblogging. Perghhhhh. Sakkit bai. Macam-macam. Tak tahu nak start dari mana. Tak tahu nak cerita kat sape. Tak tau nak share dengan sape. Yes. I do have many friends. Tapi tak sama dengan bila aku dapat tulis merepek-repek ni kan. 

Do-You-Feel-The-Same?? :)

22 January, 2012

Terukir Di Bintang


jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu. <3

speechless. 

Pengalaman.

Salam.

Aduh aduhai. Aku tak tahu la kenapa makin lama penyakit malas aku ni makin menjadi-jadi. Aku mintak maaf la sebab lama tak update. Ceyh. Macam la ada yang membaca blog aku ni kan . Haha. 

Sejak akhir-akhir ni banyak betul dugaan dan masalah yang bukan aku je, tapi orang sekeliling aku secara keseluruhannya. Memang kehidupan sebagai pelajar Part 4 ni bermasalah ke ape? Mana tak nya. Sepanjang 4 semester duduk kolej, time Part 4 ni pulak aku boleh tergolek dekat tangga Tun Teja tu. Malang betul. Buku tercampak. fail entah kemana. Dugaan. Mungkin Allah nak uji aku. Yelah. Kan ade yang pernah aku dengar, "Allah sengaja menguji kita kerana Allah masih sayangkan kita" . Alhamdulillah.

Pengajaran dan pengalaman ada guru yang terbaik dalm kehidupan manusia. Lagi banyak dugaan yang aku perlu tempuhi dalam hidup ini, semakin banyak pelajaran hidup yang aku dapat timba. Bukan senang-senang tu pelajaran hidup ni nak datang. Sesiapa yang tak mengalaminya sendiri, tak akan tahu tentangnya. Kira aku beruntung kerana dapat belajar dari pengalaman. Kan ?? (:

Siapa tahu dan siapa duga, bulan ni jugak telah menemuka kembali aku dan dia selepas dua tahun lamanya. Great! Yes. Aku admit yang aku pun konfius niat sebenar aku tolong angkut dia dari Melaka Central jumaat lalu. Adakah sebab dia masih kawan aku? Atau aku ada simpan sisa-sisa kisah silam dalam hati? Acecehhh. Wallahualam. Hanya Tuhan saja yang mengerti. 

Wasalam. 

29 October, 2011

Berhabukss !

salam . 

yeayh aku tahu blog ni dah berhabuk habis . perghh . gile tak ade mase la aku nak update bagai . busy bebenau aku ni ha . mengalahkan retisss youu . haha . 

kire- kire last post aku 28 / 9. sekarang dah sebulan weyh . giler tak update . sorry lah ae . first sekali ,aku sibuk dengan final exam yang macam tuuutttt . susah tak hengat . so , sampai aku mengambil keputusan untuk belajar dengan penuh keazaman . tak pepenah aku gi library study . this sem aku pergi wooo . pencapaian ! plus pulak dengan semangat berkobar rakan - rakan aku nk pergi UNSW (Australian School of Business) after diploma ni , lagi lah kitorang pulun belajar . sebab kene dapat CGPA 3.75 baru dapat scholar . mane nak cekau derrrr . haha .

dah start pulak cuti sem ni , lagilah aku menjadi super dupperr malas nak menghupdate . suri rumah tangga la katakan . macam - macam nak dibuat . tak ade mase aku nak fikir nak update ape . hihi . 

keyh la . sampai setakat ni aje lah aku mampu . 

jangan lupe weyhh!! malam ni FINAL PIALA MALAYSIA .

HOBIN JANG HOBIN !!!

28 September, 2011

06 September, 2011

Go Nogori Semilan ! Hobin Jang Hobin Kuek Kuek ! !

assalamualaikum .

waghieh sumo . ari ni kono la den cakap bahaso nogori semilan gamak ae . nampak sikit semangat kenogorian ae tuh ha . tu dioooo . den nak poie tak di bagi ae kek ayah den . koba ae den nak pekso tak lamo laie . lagi pun ado koleh (klas) . melopeh den nak poie tengok . besok - besok la den poie . 


malam ni ado game perlawanan pertamo nogori sembilan dongan selangor . adoyy . kocik punyo hal la . jontekk yo . monang la deh tu kang . haha . astaga . tak baik riak . kang kok kalah melalak !


apo - apo pon , den nak wish la kek koghang sumo , HOBIN JANG HOBIN ! kok dulu buleh yo kau monang Piala Malaysia ni . den harap sekarang pun buleh . tak ado masalah . kalau buek boto - boto , InsyaAllah . jangan la ekau main sobab nak dapek duit yo . memang salah niat ae tu . laen jadi ae kang .

eh ? siapakah ?

dah kaween kau jang . melopeh den . HAHA .


HAHA . lopeh kau muak nengok gambar kek ateh ni a haaaa , kau donga lah lagu bawah ni . memang tobaekkk . pokat maAmek bahaso nogori ae . 



HOBIN KUEK - KUEK JANG - JANG SUMO ! ! ! ;D